Tuesday, May 6, 2014

Asal Usul lagu Negaraku



Tahukah anda, terdapat dua sumber rujukan berkaitan asal usul lagu Negaraku sebelum dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia.  Pertamanya, ia dikatakan berasal dari Lagu Kebangsaan negeri Perak dan satu lagu popular berjudul Terang Bulan (Trang Bulan).  Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa AlBakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1901 iaitu ketika pertabalan Raja Edward VII di England.
Sultan Idris Murshiduladzam Shah, adalah Sultan Perak ketika itu (1887 hingga 1916).  Pada masa pertabalan Raja Edward VII (1901), Sultan Idris berangkat ke England sebagai wakil raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan itu.  Tiba di Pelabuhan Southampton, pegawai protokol dari pejabat kolonial luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak.  Menjadi amalan di England pada masa itu setiap kali Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri itu dimainkan.
Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri.  Kebetulan, Raja Harun Sultan Abdullah, setiausaha sulit kepada Sultan adalah seorang pemuzik.  Walaupun sedar Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri, dia tidak mahu mengaku kalah.  Raja Harun memberitahu pegawai protokol bahawa Negeri Perak memang sudah ada lagu kebesarannya sendiri tetapi nota lagu itu tidak dibawa bersama.  Begitupun, Raja Harun boleh memainkan lagu itu tanpa nota.
Selepas mendengar penerngan Raja Harun, pegawai protokol membenarkan beliau memainkan lagu itu.  Lagu itu sebenarnya ialah lagu Terang Bulan.  Berkumandanglah lagu Terang Bulan di bumi England pada 1901 buat pertama kalinya dan sekaligus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak.  Dari saat itu, lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia. 
Satu lagi sumber mengenai asal usul Negaraku ialah cerita disampaikan Raja Kamarulzaman, anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris.  Beliau menyatakan laguTerang Bulan mula dijadikan Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1888, apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan.
Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria pada 1888.  Setibanya rombongan diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Vicoria meminta nota Lagu Kebesaran Negeri Perak daripada Raja Mansur, juruiring Sultan Idris.  Untuk mengelak malu maka menerusi kebijaksanaan dan daya usaha Raja Mansur, beliau menyatakan nota lagu terlupa dibawa.
Bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat nota lagu, beliau boleh membunyikan dengan cara bersiul.  Lagu disiul itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari penduduk Negeri Perak.  Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan.
Mubin Sheppard, bekas Pengarah Arkib Negara pernah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku.  Beliau mendapat cerita daripada dua adik beradik, Raja Aminah Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah Almarhum Sultan Abdullah, selain Raja Kamarulzaman.  Mengikut dua adik beradik ini, kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagaiNegaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles, lokasi ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan.


Kata mereka, lagu itu sangat popular di pulau berkenaan dan selalu dimainkan pasukan pancaragam.  Dipercayai melodinya digubah ahli muzik Perancis, Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada 1780 dan meninggal dunia pada 1857.
Raja Kamarulzaman pula menceritakan lagu itu diperkenalkan seorang bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura.  Dalam tempoh singkat lagu itu menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan

Sejarah Penubuhan Proton



Rakyat Malaysia perlu belajar sejarah penubuhan Proton,syarikat kebanggaan nasional ini merupakan titik permulaan bagi sektor automotif buatan Malaysia jadi sama-sama kita renungkan kebaikan dan keburukan sejarah ini demi memajukan sektor automotif negara.
Pada tahun 1980,Dr Mahathir semasa itu Menteri Perdagangan dan Industi mengarahkan MIDA(Lembaga Kemajuan Industri Malaysia)memulakan kajian projek kereta buatan nasional.Hasilnya HICOM sebuah syarikat industry berat Negara mendapat pertolongan daripada syarikat automotif Jepun MITSUBISHI berjaya menghasilkan model Saga berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore dengan kuasa 1300cc dan 1500cc.Syarikat Proton ditubuhkan untuk menjual model Saga ini,HICOM memiliki 70%saham manakala Mitsubishi memiliki 30%.






Model Saga Berjaya menguasai 70% pasaran kereta penumpang berkapasiti sederhana Malaysia,kejayaannya disebabkan harga Proton Saga yang jauh lebih murah daripada kereta asing akibat cukai import tinggi kepada kereta dan alat kompenan asing.Walaupun Proton berjaya memasuki pasaran Malaysia,syarikat induk HICOM perlu menanggung kerugian besar Proton semenjak penubuhannya sehingga tahun 1989 kerana kos teknikal,alat kompenan,teknologi dan lain-lain daripada Jepun.








Dr Mahathir ingin Proton dieksport secepat mungkin terutamanya di pasaran lebih besar seperti USA tetapi syarikat Mitsubishi tidak berminat dengan cadangan itu kerana takut Proton dapat bersaing dengan kereta buatan Jepun di luar negara,cadangan itu seperti tidak bergerak sehingga seorang peniaga Malcolm Bricklin berminat membawa Proton ke USA, tetapi perjanjian antara mereka buntu apabila Malcolm gagal mendapat kebenaran pihak berkuasa USA,malahan Malcolm secara tiba-tiba menjual syarikatnya semasa berurusan dengan Proton, kesannya kerugiaan jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia.Secara amnya kejayaan syarikat kereta Jepun adalah disebabkan pasaran USA yang mempunyai cukai import rendah dan populasi ramai,Honda antara contoh syarikat auomotif mempunyai stratergi sama apabila baru ditubuhkan malangnya Proton gagal kerana ditipu syarikat asing.

Pada tahun 1991,Dr Mahathir mengumumkan rancangan syarikat kenderaan nasional kedua iaitu Perodua dengan bantuan syarikat Daihatsu,persaingan antara 2syarikat ini akan lebih membangunkan indusri automotif negara.Sekarang Perodua sudah mengalahkan Proton dengan bilangan jualan kereta tempatan di Malaysia,kereta MyVi berjaya kekal sebagai kereta tempatan paling popular selama 4 tahun di negara ini walaupun Proton bermula operasi lebih lama.

Setelah dekad 2011 bermula,pelbagai krisis melanda dunia  yang semestinya akan mengubah sektor automotif dunia antaranya krisis kenaikkan harga minyak dan gerakan alam sekitar.Kereta buatan tempatan seakan gagal bersaing di pasaran luar negara kerana tidak mempunyai teknologi terkini untuk menonjolkan produk mereka di mata antarabangsa,tidak boleh dinafikan sektor automotif negara banyak memberi sumbangan kepada Malaysia dari segi teknologi,pekerjaan dan perasaan kebanggaan tetapi mereka perlu lebih kreatif dan innovatif dalam pembuatan kereta mereka,agar satu hari kereta buatan Malaysia boleh merevolusikan cara dunia membuat kereta.Sekarang pembeli kereta mengutamakan 3 benda iaitu:
1.Kos(kereta dan alat kompenan)
2.Penjimatan Minyak
3.Keselamatan
Jadi saya berharap agar sektor automotif negara boleh memfokuskan kepada 3 benda diatas dan bukannya menghasilkan kereta dengan nafsu sendiri.
GAMB PUBLICATIONS

Subkhiddin Cipta Sejarah Jadi Pengadil Bola Sepak Malaysia Pertama Adili Piala Dunia 2010



Cipta sejarah jadi pengadil bola sepak Malaysia pertama adili Piala Dunia 2010

SAYA sudah bersedia! Itulah pengakuan Subkhiddin Mohd Salleh - pengadil bola sepak Malaysia yang mencipta sejarah menjadi pengadil pertama yang akan mengadili perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai ini.

“Saya tidak akan mensia-siakan peluang dan penghormatan ini. Walaupun cabaran berat kerana menjadi tumpuan dunia tetapi saya harap rakyat terus mendoakan kecemerlangan saya demi mengharumkan nama negara,” katanya yang akan berlepas ke Afrika Selatan, Selasa ini.

Guru Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Nibong Tebal adalah antara empat pengadil di Asia yang tergolong dalam kelompok 30 pengadil dari 28 negara yang terpilih oleh Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Sebelum ini, dua pengadil negara terpilih ke Piala Dunia iaitu Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid pada Piala Dunia 1998 di Perancis, dan Mat Lazim Awang Hamat (Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan) tetapi hanya sebagai pembantu pengadil.

Menceritakan perasaan sebaik mendapat berita mengenai pemilihannya, Subkhiddin, 44, mengakui terperanjat dan gementar kerana perlu memikul tanggungjawab besar yang menjadi perhatian dunia.

“Sebenarnya, saya berharap menjadi pengadil pada Piala Dunia 2006 tetapi bukan rezeki saya walaupun saya sudah memasuki peringkat akhir pemilihan. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana terpilih kali ini,” katanya.

Pengadil kelahiran Bagan Ajam, Pulau Pinang itu bagaimanapun enggan bercerita panjang mengenai pemilihannya kerana terikat kepada syarat yang ditetapkan oleh Fifa.





BIODATA :-

Nama: Subkhiddin Bin Mohd Salleh
Negara: Malaysia (MAS)
Tarikh Lahir: 17.11.1966
Tinggi: 174 cm
Pekerjaan: Guru
Bahasa Pertuturan Utama: Melayu
Lain-lain Bahasa: English
Kerjaya Antarabangsa: Sejak 2000
Perlawanan Antarabangsa pertama: Iraq-Nepal (23.04.2001)
Hobbi: Bowling & Snooker
Penampilan di FIFA:
1.Piala Dunia (Remaja bawah-17) Peru 2005
2.Piala Dunia (Belia bawah-20) Kanada 2007





Syabas buat Subkhiddin di atas pemilihan beliau mengadili perlawanan bola piala dunia 2010. Walaupun pasukan bolasepak Malaysia tidak mampu, tidak berupaya dan tidak tersenarai bertanding di piala dunia sekurang-kurangnya terubat juga dengan adanya seorang anak Malaysia mengadili perlawanan bola di piala dunia tersebut.

Biodata Jeruk Pak Ali

 









LATAR BELAKANG
-        Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali dijalankan sejak tahun 1985 secara kecil-kecilan di rumah, diasaskan oleh Hj. Ali Omar, 67 tahun.
-        Mula dikomersialkan pada tahun 2007, di bawah syarikat Kunci Kreatif, bermula dengan modal RM15,000 kini mempunyai modal pusingan lebih RM300,000.
-        Merupakan satu-satunya kilang jeruk bumiputera yang menghasilkan jeruk secara komersil.-    
          Produk (jeruk) dibawah bimbingan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Kementerian Pertanian (MOA), Jabatan Pertanian, FAMA dan MARA.
-        Jeruk yang dihasilkan memerlukan buah-buahan yang dipajak terus dari ladang-ladang seperti ladang mempelam sala di Perlis.
-        Hasil komersial jeruk seperti mempelam, kelubi, cermai, pala, rokam dan buah salak mampu menjana ekonomi penduduk setempat.
-        Terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering.  Juga terdapat produk-produk untuk membuat acar buah.






PROSES PENGHASILAN JERUK MADU PAK ALI
  1. Buah diterima dan digredkan.
  2. Buah dibersihkan dan dimasukkan dalam air garam (menggaram) selama 1 minggu.
  3. Buah dibersihkan kembali menggunakan air suling dan dikupas serta dipotong mengikut saiz buah.
  4. Buah dijerukkan dengan gula selama 3 hari dan akhirnya dibungkus.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN
  1. Gula pasir
  2. Garam
  3. Pengawet dan pewarna yang dibenarkan
  4. Madu lebah
  5. cuka epal        

JANGKA HAYAT JERUK MADU PAK ALI
-        Maksimum 4 bulan

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN JERUK MADU PAK ALI
  1. Menggunakan gula pasir (tiada ibu gula)
  2. Tambahan madu lebah asli
  3. Menggunakan cuka epal (baik untuk kesihatan dan kecantikan)                 
  4. Tidak banyak bahan pengawet (10 liter air hanya 30 gram sodium bonzaid yang boleh dicampurkan)
  5. Sesiapa yang makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak
  6. Diusaha dan diproses menggunakan buah-buah kampung – dapat membantu orang-orang kampung menambah pendapatan.
  7. Mendapat sijil pengesahan HALAL JAKIM (JAKIM/ (S)/ (22.00)/492/2/1039-12/2010)

KONSEP PERNIAGAAN DAN PELUANG KEPADA PENGEDAR / PERUNCIT
-        Mengamalkan konsep jualan terus kepada pelanggan, CUBA DULU BARU BELI!
-        Pengedar/peniaga/peruncit amat dialu-alukan, modal dalam lingkungan RM500 (40kg jeruk), keuntungan di antara 40-50%
-        Terdapat lebih 30 produk (jeruk) basah dan kering
-        Pengedar/peniaga diberi kebebasan untuk menentukan kaedah/cara jualan, dan sekiranya ia melibatkan sewa tapak di sesebuah premis perniagaan maka sewa tersebut adalah dibawah tanggungjawab pengedar/peniaga itu sendiri.
-        Potensi pasaran yang besar di Lembah Klang, Selatan dan Pantai Timur, produk suci, bersih dan halal

Sejarah Negeri Pulau Pinang



Pulau Pinang pada asalnya sebahagian daripada Kesultanan Kedah, telah disewakan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) dengan sejumlah pembayaran tahunan pada tahun 1786 kepada Sultan Kedah beserta pemberian perlindungan ketenteraan daripada ancaman Siam dan Burma.
Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 telah ditandatangani oleh Sultan Kedah dan Kapten Francis Light.

Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
i. SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuh
ii. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
iii. SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan


 Kapten Francis Light


Pada 11 Ogos 1786,Kapten Francis Light telah mendarat di pulau berkenaan dan menamakan pulau tersebut sebagai Prince of Wales Island sempena menghormati keturunan Keputeraan British. Tempat mendarat pula dinamakan Georgetown, sempena Raja Ketiga England.

Pada tahun 1786, Dollar Sepanyol dianggap sebagai unit pengiraan piawai pada kadar 100 Pice bersamaan dengan nilai satu Dollar. Pada tahun 1787, duit syiling tembaga dengan lambang Balemark dan tulisan Arab ''Perrinsa Jezirah ab-Wailis'' (Prince of Wales Island) dikeluarkan dengan muka depan syiling 1/2 Pice dan 1 Pice. Manakala 1/4 Pice, muka depannya tertera lambang Balemark dan tulisan Arab "Jezirab ab- Wailis" yang bermaksud Island of Wales.

Duit syiling perak yang tertera tarikh hanya diperkenalkan pada tahun 1788 dengan pengenalan 1/4 Dollar dan 1/2 Dollar yang tertera lambang Balemark dan ''Perrinsa Jezirah ab-Wailis'' (Prince of Wales Island), manakala 1/10 Dollar dengan lambang Balemark dan tulisan Arab "Jezirab ab- Wailis" yang bermaksud Island of Wales.
1/2 Pice
PULO PENANG
Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) gagal memberi perlindungan ketenteraan kepada Sultan Kedah semasa diancam oleh Siam setelah perang tamat antara Siam dan Burma. Siam menuntut Kedah untuk menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia.
Sebenarnya, ia merupakan tipu muslihat Kapten Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang dan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan barangpangkalan tenteradan pelabuhan persinggahan.
Selain itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) juga menjaga kepentingan perdagangannya dengan Siam.

Sultan Kedah bertindak untuk mengambil semula Pulau Pinang dan Kapten Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang. Kapten Francis Light tawarkan ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Kedah. Sultan Kedah mendapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor. Namun begitu, Sultan Kedah tewas untuk mengambil semula Pulau Pinang apabila menghadapi tentera SHTI dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791


Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791

i. Sultan Kedah bersetuju menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI
ii. SHTI akan membayar pampasan tahunan sebanyak 10 000 Dolar Sepayol kepada Sultan Kedah.
Selepas itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) secara rasminya menduduki Pulau Pinang dan Sir George Alexander William Leith dilantik sebagai Gabenor pertama negeri Pulau Pinang.
Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) memerlukan Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan Pulau Pinang daripada tanah besar dan pada masa itu juga, Sultan Kedah yang lain pada masa itu memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam.

Sultan Kedah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor Sir George Alexander William Leith pada bulan Jun 1880.Seberang Perai dinammakan Province Wellesly.
Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) hanya seperti *menanam tebu di tepi bibir. Rakyat Kedah terpaksa berjuang dengan Siam untuk menjaga kedaulatan Kedah dan telah tewas dalam perjuangan itu.

Pada bulan Jun 1826, Raja Siam, Rama III telah menandatangani Perjanjian Burney,

Perjanjian Burney 1826 


i. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah 
ii. Sultan Kedah Tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma.
iii. British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya 
iv. British akan menghantar balik Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah hendaklah menghantar ufti bunga emas.
v. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Rama III,Phra Bat Somdet Phra Nangklao Chao Yu Hua(31 March 1787 – 2 April 1851) 

Pada tahun 1805, Negeri- Negeri Selat (Straits Settlements) telah diletakkan bawah pentadbiran Presiden India dan menghadapi kekurangan duit syiling. Gabenor Pulau Pinang telah memperkenalkan Emergency Issues iaitu duit syiling timah 1 Pice yang ditempa sendiri di Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, duit syiling timah ini banyak dipalsukan sehingga tahun 1809, duit syiling 1/2 Pice dan 1 Pice terpaksa dibuat di Royal Mint London. Akhirnya, pada tahun 1812, duit syiling timah  Emergency Issues telah dimansuhkan apabila duit syiling tembaga baru diperkenalkan.

Emergency Issues
GF
 yang membawa maksud Governor Farquhar.
Robert Townsend Farquhar merupakan Lieutenant-Governor of Prince of Wales Island 
pada January 1804 hingga 1805
Syiling ini merupakan antara koleksi Galeri Sha Banknote


Duit syiling tembaga baru diperkenalkan.

Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menjadi sebahagian 
Negeri- Negeri Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India dan beralih kepada pentadbiran jajahan British pada tahun 1867. Pada tahun 1946, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menjadi sebahagian daripada Malayan Union, yang kemudiannya menjadi Wilayah Malaya 
(Federation of Malaya) pada tahun 1948 dan seterusnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Buat pengetahuan para pengunjung, amat menarik sekali apabila sesuatu syiling dapat dikaitkan dengan sesuatu sejarah, iaitu sejarah negeri kelahiran saya. Dalam konteks ini juga, kita dapat mempelajari sejarah silam dan mempelajari agar tidak akan mengulanginya lagi.