Pulau Pinang pada asalnya sebahagian daripada Kesultanan Kedah, telah disewakan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) dengan sejumlah pembayaran tahunan pada tahun 1786 kepada Sultan Kedah beserta pemberian perlindungan ketenteraan daripada ancaman Siam dan Burma.
Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 telah ditandatangani oleh Sultan Kedah dan Kapten Francis Light.
Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
i. SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuh
ii. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
iii. SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan
Kapten Francis Light
Pada 11 Ogos 1786,Kapten Francis Light telah mendarat di pulau berkenaan dan menamakan pulau tersebut sebagai Prince of Wales Island sempena menghormati keturunan Keputeraan British. Tempat mendarat pula dinamakan Georgetown, sempena Raja Ketiga England.
Pada tahun 1786, Dollar Sepanyol dianggap sebagai unit pengiraan piawai pada kadar 100 Pice bersamaan dengan nilai satu Dollar. Pada tahun 1787, duit syiling tembaga dengan lambang Balemark dan tulisan Arab ''Perrinsa Jezirah ab-Wailis'' (Prince of Wales Island) dikeluarkan dengan muka depan syiling 1/2 Pice dan 1 Pice. Manakala 1/4 Pice, muka depannya tertera lambang Balemark dan tulisan Arab "Jezirab ab- Wailis" yang bermaksud Island of Wales.
Duit syiling perak yang tertera tarikh hanya diperkenalkan pada tahun 1788 dengan pengenalan 1/4 Dollar dan 1/2 Dollar yang tertera lambang Balemark dan ''Perrinsa Jezirah ab-Wailis'' (Prince of Wales Island), manakala 1/10 Dollar dengan lambang Balemark dan tulisan Arab "Jezirab ab- Wailis" yang bermaksud Island of Wales.

1/2 Pice
PULO PENANG
Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) gagal memberi perlindungan ketenteraan kepada Sultan Kedah semasa diancam oleh Siam setelah perang tamat antara Siam dan Burma. Siam menuntut Kedah untuk menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia.
Sebenarnya, ia merupakan tipu muslihat Kapten Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang dan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan barang, pangkalan tenteradan pelabuhan persinggahan.
Selain itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) juga menjaga kepentingan perdagangannya dengan Siam.
Sultan Kedah bertindak untuk mengambil semula Pulau Pinang dan Kapten Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang. Kapten Francis Light tawarkan ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Kedah. Sultan Kedah mendapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor. Namun begitu, Sultan Kedah tewas untuk mengambil semula Pulau Pinang apabila menghadapi tentera SHTI dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791

Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791
i. Sultan Kedah bersetuju menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI
ii. SHTI akan membayar pampasan tahunan sebanyak 10 000 Dolar Sepayol kepada Sultan Kedah.
Selepas itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) secara rasminya menduduki Pulau Pinang dan Sir George Alexander William Leith dilantik sebagai Gabenor pertama negeri Pulau Pinang.
Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) memerlukan Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan Pulau Pinang daripada tanah besar dan pada masa itu juga, Sultan Kedah yang lain pada masa itu memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam.
Sultan Kedah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor Sir George Alexander William Leith pada bulan Jun 1880.Seberang Perai dinammakan Province Wellesly.
Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company,VEIC) hanya seperti *menanam tebu di tepi bibir. Rakyat Kedah terpaksa berjuang dengan Siam untuk menjaga kedaulatan Kedah dan telah tewas dalam perjuangan itu.
Pada bulan Jun 1826, Raja Siam, Rama III telah menandatangani Perjanjian Burney,
Perjanjian Burney 1826
i. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
ii. Sultan Kedah Tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma.
iii. British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya
iv. British akan menghantar balik Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah hendaklah menghantar ufti bunga emas.
v. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Rama III,Phra Bat Somdet Phra Nangklao Chao Yu Hua, (31 March 1787 – 2 April 1851)
Pada tahun 1805, Negeri- Negeri Selat (Straits Settlements) telah diletakkan bawah pentadbiran Presiden India dan menghadapi kekurangan duit syiling. Gabenor Pulau Pinang telah memperkenalkan Emergency Issues iaitu duit syiling timah 1 Pice yang ditempa sendiri di Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, duit syiling timah ini banyak dipalsukan sehingga tahun 1809, duit syiling 1/2 Pice dan 1 Pice terpaksa dibuat di Royal Mint London. Akhirnya, pada tahun 1812, duit syiling timah Emergency Issues telah dimansuhkan apabila duit syiling tembaga baru diperkenalkan.
Emergency Issues
GF yang membawa maksud Governor Farquhar.
Robert Townsend Farquhar merupakan Lieutenant-Governor of Prince of Wales Island
pada January 1804 hingga 1805
Syiling ini merupakan antara koleksi Galeri Sha Banknote

Duit syiling tembaga baru diperkenalkan.
Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menjadi sebahagian
Negeri- Negeri Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India dan beralih kepada pentadbiran jajahan British pada tahun 1867. Pada tahun 1946, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menjadi sebahagian daripada Malayan Union, yang kemudiannya menjadi Wilayah Malaya
(Federation of Malaya) pada tahun 1948 dan seterusnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Buat pengetahuan para pengunjung, amat menarik sekali apabila sesuatu syiling dapat dikaitkan dengan sesuatu sejarah, iaitu sejarah negeri kelahiran saya. Dalam konteks ini juga, kita dapat mempelajari sejarah silam dan mempelajari agar tidak akan mengulanginya lagi.
No comments:
Post a Comment